Langkau ke kandungan utama

Catatan

Yang Ditampilkan

Resepi Telur ayam Kampung lazat!!!!

Resepi Telur Ayam Kampung Masak Lemak Kuning Resepi Telur Ayam Kampung Masak Lemak Kuning Saya mempelajari masakan telur masak lemak daripada ibu mertua saya yang berasal dari Kelantan. Hidangan ini merupakan antara hidangan asli masyarakat Kelantan dan saya rasa bertuah mempelajari masakan ini langsung daripada ibu mertua yang berketurunan Melayu Kelantan. Walaupun begitu, beliau biasanya menggunakan telur itik, manakala untuk resepi ini, saya menggunakan telur ayam kampung atas faktor tidak mendapatkan sumber telur itik selain lambakan telur ayam kampung di rumah mak saya. Begitu juga sebahagian bahan-bahan tumis, saya juga melakukan sedikit pengubahsuaian mengikut citarasa saya (hakikatnya,saya sudah agak banyak kali mencuba resepi ini dengan pengubahsuaian sehingga terlupa resepi sebenar oleh ibu mertua. Insyaallah akan saya rujuk semula dengan beliau untuk resepi yang asli Kelantan  dan dikongsi semula). Faktor telur itik digunakan adalah kerana telur itik agak pekat

Catatan Terbaharu